Nvivo 7 - Kaedah Penganalisaan Data Dari Penyelidikan Kualitatif


Dewasa ini, kajian yang menggunakan kaedah secara kualitatif semakin meluas. Keadaan ini mendorong pengkaji yang menggunakan kaedah kuantitif seperti dalam bidang sosiologi, psikologi, ijazah tertinggi, dan bidang ilmu lain tertarik untuk mengikuti jejak langkah pengkaji antropologi dengan  menggunakan pendekatan kajian secara kualitatif
      Penggunaan komputer untuk memproses data kualitatif juga semakin luas. NVivo misalnya telah digunakan beribu-ribu pengkaji di seluruh negara, termasuklah Malaysia (Aplikasi Perisian NVivo Dalam Analisis Data Kualitatif, UTM Skudai, Johor, Malaysia  - Teaching Qualitatif Using QSR NVivo, Keene State College, Keene, New Hampshire USA)
     
    NVivo merupakan sebuah program komputer yang dibentuk untuk membantu dalam analisis data kualitatif. Software ini di cadangkan untuk penggunaan kajian peringkat tinggi (universiti) dan memudahkan pengkaji atau penyelidik dalam menganalisis data kualitatif. NVivo merupakan salah satu software yang dikembangkan dari kod yang sederhana sampai ke pelbagai sistem untuk memudahkan metodologi pengkajian yang menggunakan kaedah  kualitatif.

    Bagi mengetahui lebih lanjut penggunaan software Nvivo 7, pensyarah dan penyelidik perlu berbincang tidak hanya bagaimana menggunakan program ini tetapi juga masalah bentuk dan analisis pengkajian, pemilihan metodologi dan program analisis. Selain itu, penyelidik perlu membaca dan meninjau kembali hasil penelitian sebelumnya sebagai bahan penilaian untuk bahan kesimpulan. Untuk mempercepat proses penyesuaian diri terhadap keinginan penyelidik, buku yang akan di tunjulkan di sini dapat mengisi sebahagian kecil dari kekosongan yang ada dalam mensosialisasikan pendekatan kualitatif. Wawancara Kualitatif dan Perbincangan Kumpulan Terfokus akan dihuraikan dalam buku ini, untuk memudahkan kaedah pengumpulan data. Sedangkan Nvivo 7, program yang akan diuraikan dalam buku ini, memudahkan struktur projek dan proses pengkajian yang menyediakan pelbagai pilihan untuk mengatur dan menganalisis data. Nvivo 7 juga dapat menggabungkan data dengan berbagai cara bagi penyuntingan teks.

Fokus Pengguna

Buku ini dibentuk untuk pengkaji yang menggunakan kaedah kualitatif. Jika kita mempunyai software Nvivo 7, kehadiran buku ini sangat membantu. Bagi sesiapa yang baru sahaja ke bidang penyelidikan dalam menggunakan pendekatan kualitatif, saya (penulis blog asal)  menganjurkan untuk mendalami, memahami dan menguasai kaedah penelitian kualitatif terlebih dahulu. Sedangkan bagi penyelidik yang sudah terbiasa dengan cara manual akan lebih mudah menyesuaikan dengan software Nvivo 7.
    Bagaimana untuk memperoleh Software Nvivo 7? Untuk bahan latihan, sebelum kita memperoleh software yang berizin, kita dapat menggunakan software demo Nvivo 7 berjangka masa dalam 30 hari.
Software Demo Nvivo 7 yang berjangka masa selama 30 hari, kita dapat peroleh melalui web site QSR International dengan alamat:www.qsrinternational.com
     Untuk memperoleh program Nvivo 7 yang dibenarkan, kita dapat menempah atau memberitahu ke QSR International Pty Ltd, dengan alamat 2nd Floor, 651 Doncaster Road, Doncaster Victoria Australia 3108. Atau dapat mengunjungi web site :www.qsrinternational.com.

Rujukan
  1. http://www.infocrim.org/index.php?option=com_content&view=article&id=308:buku-panduan-penggunaan-nvivo-7-analisis-data-kualitatif&catid=40:buku-gratis&Itemid=58
  2. http://eprints.utm.my/2220/1/p24.Dayang_Hjh_Tiawa.pdf
  3. http://www.nova.edu/ssss/QR/QR8-2/walsh.pdf
  4. http://docs.google.com/uc?export=download&id=0B0sBFGaAdS8SNGE0ZTY2NWUtYjJlYS00YTk0LTg4MjItMmM1ZDcwYTVkNGE1


4 comments:

  1. assalamualikum tuan,
    saya ingin mendalami aplikasi Nvivo untuk kajian saya dibawah UTM, boleh kah tuan berkongsi , memberi khidmat atau mangajar penggunaan aplikasi ini dalam konteks pengajian (academic research )

  1. assamualaikum..

    Saya ingin mendapatkan buku ini..bagaimana caranya..saya juga amat memerlukan khidmat tuan mendalami ilmu ini

  1. assamualaikum..

    Saya ingin mendapatkan buku ini..bagaimana caranya..saya juga amat memerlukan khidmat tuan mendalami ilmu ini

  1. Agus said...:

    NVivo 12 Crack Full version
    Link Download 1
    https://s.id/upd12
    Link Download 2
    https://dik.si/upd12