• Forum Bicara Palestin

    Forum Bicara Palestin. Nak tahu lebih lanjut berkaitan forum ini? Sila klik.

  • Duis non justo nec auge

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

Saja Suka

Saja Suka...Jom jalan2 sambil makan UBI...ahaks

SMK Sg Pelek

saje test Buat Tajuk...

Jalan Bukit Tinggi

Nanti la aku cerita, tak menang tangan. Lagi pun connection Internet kadang2 OK, kdg2 Ko..

ok, c ya...

Konsulat Malaysia PekanBaru



Konsulat Malaysia PekanBaru
Sepanjang kami berada di sini Konsulat Malaysia di PekanBaru sangat mengambil berat tentang kami malah bukan kami sahaja, sesiapa sahaja yang bergelar rakyat Malaysia pasti sahaja akan dia menjenguh dan bertanya khabar.

Kali pertama kami bertemu dengan pihak konsulat Malaysia adalah pada hari selasa iaitu hari kedua kami berada di Yayasan As-Shofa . Mereka datang untuk berjumpa kami sekali gus untuk membincangkan tentang keberadaan kami di Indonesia selama 5 minggu. Ketua Konsul iaitu En Zamani Ismail memberitahu apabila berada di Indonesia tanpa memiliki Visa, maka kami perlu pulang sebelum hari yang ke tiga puluh. Jadi yang menjadi permasalahan sekarang ialah kami datang pada 10 Mei 09 dan pulang pada 15 Mei. Itulah yang tercatat pada lembaran tiket kami berempat.

Semasa perbincangan berlaku Konsul Malaysia En Zamani memutuskan bahawa kami memiliki dua pilihan iaitu sama ada pulang dahulu lebih awal sebelum hari yang ke 28 dan datang semula atau pun pilihan kedua iaitu masa praktikal kami di sini di pendekkan. Jika lebih satu hari kami dianggap pendatang asing dan perlu membayar denda sebanyak 22usd per day. Setelah itu kami menghubungi Dr Jamil (Penyelarasa Latihan Industri dan Amali) dan kami terpaksa memendekkan masa praktikal di Indonesia.

15 Mei 09
Kami dijemput untuk menghadiri Pertandingan Bowling Antara Pelajar Malaysia di UIN SSKi
i dengan konsulat Malaysia di PekanBaru di Holiday 88. Sebenarnya kalau kami datang petang tu dapatla main bowling tp majilis ni berlaku pada sebelah malam. Perancangannya memang nbak pergi sebelah Jumaat, akan tetapi ada seorang ni nama dia Aliff katanya ingin pergi sebelah malam jelah. Yelahkan, time tu rasa penat sangat. Nak rehatkan badan. Baru seminggu di sini dan keadaan diri masih dalam penyesuaian. So kami menghabiskan masa semasa dioranhg bertanding bowling dengan membeli barang-barang keperluan, main permainan kawasan bowling tu dan macam-macam lagi...

Bergambar bersama dengan
Ketua Konsul Malaysia PekanBaru
En Zamani Ismail sekeluarga.


20 Mei 09
Yayan As-Shofa menerima rombongan dari perwakilan pelajar dari Institut Perguruan Islam, Kota Bharu Kelantan. Rombongan di ketuai oleh Pengarah Institut Perguruan Islam dan pihak konsulat Malaysia yang membawa mereka ke sini. Mereka di sini ingin melihat bagaimana kaedah QIRAATI di SD Islam As-Shofa di lakukan. Selama 2-3 jam mereka di sini. Selepas dari sesi temu jawab dan melihat suasana kelas yang mengajar kaedah Qiraati mereka pun pulang. Selamat jalan kawan, Bye bye..
Sesi soal jawab dan Penerimaan Cenderamata Kenang-Kenangan




21 Mei 09
Kami dijemput untuk menghadiri majlis perpisahan dan bacaan doa selamat serta sedikit tazkirah dari perwakilan IPI Kota Bharu Kelantan kerana keesokan harinya mereka telah dijadualkan pulang ke tanah air tercinta. Kejadian berlangsung di kediaman Ketua Konsul En Zamani Ismail yang terletak di kawasan bandar menuju ke MTQ kalau tak silap. Majlis diakhiri dengan jamuan pelbagai makanan yang dihidangkan di luar dan kami cuba merasa setiap makanan yang tidak pernah ketemu di negara Malaysia. Memang banyak sangat makanan yang sedap bin best. Di situlah kami baru rasa sudang berada dalam Malaysia sebab terdengar orang Malaysia yang berbual dan berseloroh. Ada jugakla pekerja Indonesia di situ tetapi tidakla ramai macam semut menghurung makanan yang tumpah. Amacam? ;D. Setelah itu kami dihantar pulang oleh abg Halim, pemandu peribadi En Zamani ke rumah kami.


Kami sempat singgah sebentar di MTQ tetapi bukan ke sana tetapi ingin membeli jagung bakar yang dibakar oleh seorang budak perempuan yang saya rasa umurnya masih awal belasan tahunla. Kesian diorang. “Ini duitnya dan kamu simpanlah bakinya,..” kata Shakila membayar duit jagung yang kami beli.


Kami sedang menjamu selera



31 Mei 09

Hari Keluarga 2009 Konsulat Malaysia PekanBaru
Acara pagi hari dimulai dengan senaman yang amat lama, dan di akhiri oleh tarian poco-poco yang tak tahu tentu hala. Bagi Zaim dan Shakila memangla mudah lagi senang sebab diorang yang jadi tekong mengajar student As-Shofa masa extra curriculer hari sabtu lepas. Aku? Aku mestilah tahu, cuma ingat-ingat lupa sebab dah lama tak praktik, belajar masa zaman parameswara lagi..ahaks.. lagu masa diorang sedang beraktiviti poco-poco tu, saya pun keluar mengambil kamera. Saje je sbb tak pandai sangat nak memusing kat padang kawasan Konsulat tu.

Pelbagai acara yang dilansungkan seperti rebut kerusi, membaling belon ke pasangan dan sebagainya. Tak lupa juga kanak-kanak mereka menyertai pertandingan merebut gula-gula terbanyak dan siapa yang boleh menghabiskan ais krim dengan cepat. Acara diakhiri dengan pertandingan menarik tali antara pelajar UIN SSKii dan pihak konsulat Malaysia PekanBaru.
Ada peti aiskrim untuk dimakan. FOC!


4 Jun 09
Minggu ini merupakan minggu terakhir kami berada di Indonesia. Pada tarikh ini kami dipelawa sekali lagi dan buat kali terakhir untuk bertandang ke Majlis solat hajat bagi meraikan hari peperiksaan yang akan datang buat pelajar Malaysia yang belajar di UIN SSKii. Majlis pada malam itu dihadiri oleh Pengarah Pelancongan Malaysia. Selepas mendengar ucapan dari Pengarah Pelancongan Malaysia, konsul kami En Zamani berucap dan menjelaskan tentang isu terkini yang sedang hangat dibicarakan iaitu tentang Kisah Manohara dan pulau Ambalat. Pelbagai respon dan pandangan diberikan namun, “walau apa pun terjadi di antara kita dan Indonesia, kita bergaduh dengan Indonesia, berperang sekali pun, Indonesia tetap jiran kita dan kita tetap menjadi negara jiran mereka..” kata En Zamani mengakhiri ucapannya.

Jamuan disediakan kepada sesiapa yang hadir pada malam itu. Malam itu juiga kami dihidangkan dengan ‘Nasi Uduk’. Kalau lihat betul-betul ia seakan-akan Nasi Lemak . Namun saya katakan nasinya amat berbeza dan lauknya pun pelbagai-bagai. Malam itu saya mencuba lauk bebek(itik ) yang digoreng yummi dan sedap dimakan begitu saja macam roti gardenia..ahaks..

SMAFA - Kelas X1



Masa saya mengajar kat YAYASAN AS-SHOFA atau pun spesifik bahagiannya ialah SMAFA (Sekolah Menengah Atas Islam As-Shofa) saya mengajar dua subjek iaitu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, tapi rasanya saya banyak ambil Pendidikan Islam sebab itu adalah saya punya Major kan..

Pelajar-pelajar sini best sangat..so friendly. mesra sangat. There is no gab between teachers and students. bukan seorang dua je, tapi semua sekali macam tu. Pernah masa saya duduk sedang menulis Buku Oren yang Fakulti Pendidikan bagi kat kite tu untuk buat RPH (Rancangan Pengajaran Harian) ada sekumpulan pelajar perempuan lalu melintasi pejabat Sekolah, diorang lalu tepi Bapak Hadrawi, guru pembimbing saya as a WakaSiswa (Wakil Kepala Kesiswaan) ala-ala guru disiplinlah kalau kat Malaysia, jadi salah seorang perempuan dari kumpulan tu pun cakap pada Bapak Hadrawi, "Eish, Bapak baru balik dari Malaysia, sombong....." Masa tu Bapak Hadrawi baru je balik dari Malaysia. Dia sambung belajar Master/S2 di UM. Bapak tu senyum je sampai mengiayakan gurauan pelajar tadi lalu berlalu memimpin anaknya pulang..Dengan selamba jer muke tak bersalah cakap macam tu kan? Kalau kita punyalah takut kat guru disiplin, lebih-lebih lagi bile dia ade misai, ala Inspekter Sahab Bombay Police Station gitu..ahaks. Bapak Hadrawi d dapat cuti untuk hari Isnin lagi pun tiada kelas pengajaran untuk dia pada hari tu...caya lah punya sekolah..