• Forum Bicara Palestin

    Forum Bicara Palestin. Nak tahu lebih lanjut berkaitan forum ini? Sila klik.

  • Duis non justo nec auge

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

Jangan Biarkan Ibu Bapa Anda Naik Bas!





Selasa lepas, aku merancang utk balik ke rumah. Jadual sem terakhir ni tak terlalu banyak macam jadual sem-sem lepas. Hari selasa, khamis dan jumaat mmg aku cuti. Masa untuk berehat sem ini. haha. Hari Isnin dan rabu memang dalam jadual ada tutorial dan kuliah. Maafla Dr Latifah ye sebab tak dapat hadir ke kuliah dan tutorial utk subjek Orientalis rabu tu. Nti saya akan ganti 2x tutorial minggu depan kalau diberi keizinan Dr.


3 hari 2 mlm aku berada dirumah. Mujurla sepanjang masa aku balik tu mama tak keje. Dia off beberapa hari selepas kerje shift malam. Mama aku seorg jururawat terlatih di Hospital Muadzam Shah. Banyak kali juga dia dipaksa untuk naik pangkat jadi sister. Tapi mama tetap dengan pendiriannya tak mahu dan ingin menumpukan pada keluarga. Syabas mama, al berbangga menjadi anak mama! Mama merupakan seorang jururawat yang berkhidmat paling lama di hospital tersebut. Mama seorang yang tinggi cita-citanya, mahu melihat anak-anak dia berjaya bukan sahaja di dunia, malah di akhirat sana. Sekarang umur mama mencecah usia 54 tahun. Mama merupakan seorang yang tidak memntingkan kepada kerjaya semata-mata. Dia hanya menumpukan kepada anak-anak dan keluarga. Terutama bile adik aku yg gemok lg cute tu ade. Sarah,umur dia 10 tahun. Senang kiraan umur dia. Sbb dia lahir tahun milenium 2000. Jd umur dia akan mengikut tahun Masihi. Klu 2010, maksudnya dia pun berumur 10 tahun.



Hentakkan pelampung dlm Bas Mara Liner ni menyebabkan aku tersentak sekejap. Benci betul, tu tanda-tanda bas dah nak rosak dah ni.Seingat aku, bas Mara Liner ni baru je beli, tapi dah habis 5-7 tahun lepas dah. masa zaman kaklong masih lagi belajar di Maktab Perguruan Bahasa Melayu, KL..Ketika aku menulis ni, aku masih di dlm bas perjalanan ke Seremban. Aku tak duduk sorang, bertemankan seorang gadis yang ayu tapi sayangnye dia tak pakai tudung. Kalau dia mengenakan tudung, mesti lebih ayu gitu. Xpelah. dia mengantuk.aku offer dia duduk sebelah tinggkap sebab kepala dia memusing kiri kanan dpn blkg sbb tertdo. Penat agaknye,biarla. pun begitu, tangan dia tidak leka memegang sony ericson jenis macam Wan pakai. Kedengaran juga SMS dia bertubi-tubi masuk, dari keluarga yang bertanya khabar agaknya..(entah-entah dari pakwe!)


Minggu ni aku balik agak kurang biasa kerana kebiasaan aku akan balik bile tibe hujung minggu atau ade cuti semester.  Sampai jiran aku sebelah En Ariffin, rakan baik arwah abah pun pelik n dia bertanya mase aku turun dari kereta Myvi kesayangan mama. kebetulan dia ade di depn rumah mase tu, "ni balik cuti ke? tak kan?..ade ape-ape ke balik ni?" aku menjawab mcm biase, "tak lah cik ripin, balik saje-saje ni.." perbualan kami berlalu macam biase, dia tanye tentang keadaan belajar dan kerja msa akan dtg.


Kali ni aku balik hari selasa n kembali ke UKM semula harini hari Khamis. Klu ikutkan hati mahu jg nak teruskan sampai hari jumaat. Tp esok aku ade hadir ujian memandu bersame JPJ. Jadi aku pulang awal. Suasana dalam bas macam biasa. Ada bunyi orang bercakap, ada yang pasang MP3, bunyi SMS masuk ke HTC, dan yang jelasnye bunyi kenderaan luar lagi kuat dari bunyi Pakcik pemandu bas pasang radio. Entah ape lagu yang dia pasang, kadang-kadang jelas, kadang-kadang tak. Pulak tu diselangi dengan bunyi-bunyi seakan, komunikasi 2 orang pemandu pilot di angkasa..ish, teruk betul. Biarla, aku dapat ulang alik UKM ke rumah pun alhamdulillah. 


Aku bertolak pukul 4.45pm, seperti biasa selepas 1 jam lebih berada di dalam bas, pemandu akan memberhentikan bas seketika sekitar dalam 30 minit di sebuah restoran untuk memberikan kemudahan kepada penumpang untuk menjamu selera, dan boleh ke tandas untuk buat aktiviti kumbahan. tarik pam, keluarla air kan? itu lah kumbahan.. Linkin Park cakap, "smell like sewage...!" 


Pada mulanya aku rase macam tak mahu turun dari bas sebab memang sebelum bertolak tadi, siap-siap aku makan sepinggan nasi dan beberapa ketul daging yang kaklong beli dari kantin tempat dia mengajar, Sekolah Muadzam Jaya. Hampir semua penumpang dalam bas turun menuju ke restoran, tapi aku nampak dengan jelas, diorang bukan ke meja makan, tetapi menuju ke tandas! Ramai pula yang beratur masa tu. Lelaki perempuan, adik abg kakak, tak mengira usia.







Lepas 15 minit, aku berasa macam nak buang air, aku agak 15 minit berlalu ni pasti diorang yang beratur tadi dah berkurang. ya, betul jangkaan aku. aku pun turun menghala ke tempat berkenaan. Kedapatan seorang pakcik yang aku sangka menunggu giliran, tapi jangkaan aku merosot.  dia sebenarnya menunggu isterinya untuk dipimpin. Usia pakcik itu lebih tua berbanding dengan arwah abah aku. Aku sempat bertanya kat pakcik tu, "Nak kemana Pak Cik?" Lantas Pak Cik itu menjawab, "Dari Chini Timur, nak ke Putra..  anak ada di Putra..", perbualan kami tamat selepas isterinya keluar dari tandas. Aku ingat dia ingin masuk ke tandas, tapi dia mendapatkan isterinya dan memimpin, kesian, isterinya buta! em,. tak sanggup aku tengok. Sempat juga aku berikan mereka sebutir senyuman, walau pun aku berasa tak berapa gembira melihat pasangan suami isteri tersebut yang dibiarkan tanpa pengawasan dari anak mereka!


Sesudah selesai, aku terus ke pintu bas. Aku bercadang tak mahu masuk ke dalam bas lagi. Keadaan dalam bas masih sejuk walau pun dah hampir pukul 6 lebih. Mungkin disebabkan penghawa dingin yang berada dibawah suhu 25 darjah celcius. Cuaca makin gelap. Aku masih berdiri berdekatan dengan pintu, kemudian datang sepasang suami isteri tadi, untuk masuk ke dalam bas. Kesian Mak Cik itu, susah dia nak memanjat tangga bas. Terdetik di hati ini mahu menolong, tapi suaminya ada disampingnya. Dia masih lagi kuat untuk menjaga isterinya. Aku bersedia jika ada apa berlaku untuk backp di belakang pakcik tu, biarlah tak kenal, namun kita sebagai orang Islam, saling bersaudara. Persoalan demi bersoalan muncul, juga keluhan di hati ini timbul, kenapa ada juga anak yang sanggup membiarkan ibu bapa mereka menaiki bas dalam keadaan mereka ini tua, emaknya buta? Tidak sanggup aku melihat keadaan sebini rupa berlaku pada mak aku sendiri. Aku berjanji pada diri aku sendiri, takkan aku biarkan mama menaiki pengangkutan rasmi (bas) setelah aku memperoleh kereta kelak! walau pun semuda mana  usia ibu bapa, anda perlu tahu perasaan mereka bagaimana!







Apa yang aku nak beritahu kat sini ialah sebagai seorang anak, kita perlulah menghargai ibu bapa seperti mana mereka telah menjaga kita sejak dari kecil. Alasan sibuk dan tiada masa untuk mengambil atau menghantar ibu bapa ke kampung tidak boleh diterima pakai. Kalau ikutkan, hari-hari kita sibuk. Mana ada manusia free atas muke bumi melainkan dia seorang penganggur rasmi atau orang diberhentikan kerje atau pun berstatus OKU. Manusia tidak dapat lari dari kesibukan dalam hidup, jika mereka tidak merancang hari-hari mereka. Apa salahnya, dan ia adalah WAJIB untuk kita sentiasa memberikan perhatian terhadap permintaan mereka. Ibu bapa tidak akan meminta di hantar, di bawa pulang ke sesuatu tempat, tetapi mereka hanya akan menyatakan, "Al, mama ingat nak balik kampung lah minggu depan..." ini adalah sebagai ayat contoh. Ayat sebeginilah anak-anak perlu faham dan mereka sememangnya tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka, tetapi kita sebagai seorang anak, perlu sentiasa berjaga-jaga dengan setiap perbualan  dan pernyataan yang mereka ungkapkan dan yang dinyatakan. Jangan pula kita yang mengesyorkan, "Oh mama nak balik kampung ye? Bas mane yg mama nak naik? " ....Masya Allah.. Ini adalah perbuatan yang hanya mementingkan diri tanpa memikirkan orang lain apatah lagi ia adalah insan bergelar ibu bapa.







Mungkin kita tak sedar, dihati mereka akan terdetik sekali pun sedikit, dahulu, semasa kamu kecil, aku membawa kamu ke sana kemari. Ke sekolah hantar dan kembali dan banyak lagi tidak terkira kasih sayang yang dicurahkan oleh semua ibu bapa terhadap anak-anak dan mereka tidak pernah meluahkan perasaan benci. Skrg kita dah dewasa, janganlah kita pula abaikan mereka. Hargailah mereka sepertimana mereka menghargai kita. Sayangilah mereka sepertimana Allah menyanyai kita. Doakan mereka seperti mana para Malaikat yang sentiasa mendoakan kita. Ingat, ibu bapa, insan yang paling banyak berjasa mengalahi sesiapa pun di atas dunia! 





Abdullah Zainal

Abdullah, coursemate aku telah menolong aku dalam pembikinan blog ni. Biasalah, aku mula dari zero. pasni nak jd hero!

Byk jgk template nak guna. Nah, aku pilih yg simple jelah. nnti mudah utk dibaca, tak mengambil masa yg lama utk appear bg sesiapa yg mempunyai server wifi/internet yg slow. Blog ni masih dlm pembaikpulihan. Sesiapa yg boleh beri tunjuk ajar, sila kan. Sy sedia mengikut tunjuk ajar bg menjayakan blog ini di masa hadapan!

Jazakallah bikheran jazak kepada Abdullah Zainal