• Forum Bicara Palestin

    Forum Bicara Palestin. Nak tahu lebih lanjut berkaitan forum ini? Sila klik.

  • Duis non justo nec auge

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Mauris eu wisi. Ut ante ui, aliquet neccon non, accumsan sit amet, lectus. Mauris et mauris duis sed assa id mauris.

Forum Bicara Palestin : Isu-Isu Kemanusiaan & Antarabangsa


Jemputan ke Forum Bicara Palestin : Isu-Isu Kemanusiaan & Antarabangsa


Tarikh: 2 Oktober 2010
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Anuar Mahmud (DAM) Fakulti Sains & Teknologi UKM



Ahli Panel
1. Prof Madya Dr Hafidzi (Aqsa Syarif)
2. En Halim Redzuan (Muslim Care)
3. Ust. Awang Supian (Aman Palestin)
4. En. Mohd Taqiuddin (Dewan Pemuda Masjid)



Pameran di sediakan.
Semua di jemput hadir!

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Berasaskan Laman Web

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Berasaskan Laman Web.





Norhatimah Mohamad dan Ab. Halim Tamuri (2010) telah menyenaraikan 158 laman web yang boleh dijadikan sebagai rujukan bagi subjek Pendidikan Islam. Guru Pendidikan Islam dan pelajar boleh menggunakan laman-laman web ini sebagai rujukan dalam P&P.






Print Hitam Putih

Wah, penulisan kali ni khas utk Kak Long...haha
ni cara nak setting printer utk jad hitam putih

Langkah 1



ps - Identiti sebenar dirahsiakan...lol

Langkah 2





Langkah 3


Langkah 4

Klik OK>>OK dan print! kemudian boleh bg mama

tgok saiz ukuran IC tu sama x?

Bye...

Nvivo 7 - Kaedah Penganalisaan Data Dari Penyelidikan Kualitatif


Dewasa ini, kajian yang menggunakan kaedah secara kualitatif semakin meluas. Keadaan ini mendorong pengkaji yang menggunakan kaedah kuantitif seperti dalam bidang sosiologi, psikologi, ijazah tertinggi, dan bidang ilmu lain tertarik untuk mengikuti jejak langkah pengkaji antropologi dengan  menggunakan pendekatan kajian secara kualitatif
      Penggunaan komputer untuk memproses data kualitatif juga semakin luas. NVivo misalnya telah digunakan beribu-ribu pengkaji di seluruh negara, termasuklah Malaysia (Aplikasi Perisian NVivo Dalam Analisis Data Kualitatif, UTM Skudai, Johor, Malaysia  - Teaching Qualitatif Using QSR NVivo, Keene State College, Keene, New Hampshire USA)
     
    NVivo merupakan sebuah program komputer yang dibentuk untuk membantu dalam analisis data kualitatif. Software ini di cadangkan untuk penggunaan kajian peringkat tinggi (universiti) dan memudahkan pengkaji atau penyelidik dalam menganalisis data kualitatif. NVivo merupakan salah satu software yang dikembangkan dari kod yang sederhana sampai ke pelbagai sistem untuk memudahkan metodologi pengkajian yang menggunakan kaedah  kualitatif.

    Bagi mengetahui lebih lanjut penggunaan software Nvivo 7, pensyarah dan penyelidik perlu berbincang tidak hanya bagaimana menggunakan program ini tetapi juga masalah bentuk dan analisis pengkajian, pemilihan metodologi dan program analisis. Selain itu, penyelidik perlu membaca dan meninjau kembali hasil penelitian sebelumnya sebagai bahan penilaian untuk bahan kesimpulan. Untuk mempercepat proses penyesuaian diri terhadap keinginan penyelidik, buku yang akan di tunjulkan di sini dapat mengisi sebahagian kecil dari kekosongan yang ada dalam mensosialisasikan pendekatan kualitatif. Wawancara Kualitatif dan Perbincangan Kumpulan Terfokus akan dihuraikan dalam buku ini, untuk memudahkan kaedah pengumpulan data. Sedangkan Nvivo 7, program yang akan diuraikan dalam buku ini, memudahkan struktur projek dan proses pengkajian yang menyediakan pelbagai pilihan untuk mengatur dan menganalisis data. Nvivo 7 juga dapat menggabungkan data dengan berbagai cara bagi penyuntingan teks.

Fokus Pengguna

Buku ini dibentuk untuk pengkaji yang menggunakan kaedah kualitatif. Jika kita mempunyai software Nvivo 7, kehadiran buku ini sangat membantu. Bagi sesiapa yang baru sahaja ke bidang penyelidikan dalam menggunakan pendekatan kualitatif, saya (penulis blog asal)  menganjurkan untuk mendalami, memahami dan menguasai kaedah penelitian kualitatif terlebih dahulu. Sedangkan bagi penyelidik yang sudah terbiasa dengan cara manual akan lebih mudah menyesuaikan dengan software Nvivo 7.
    Bagaimana untuk memperoleh Software Nvivo 7? Untuk bahan latihan, sebelum kita memperoleh software yang berizin, kita dapat menggunakan software demo Nvivo 7 berjangka masa dalam 30 hari.
Software Demo Nvivo 7 yang berjangka masa selama 30 hari, kita dapat peroleh melalui web site QSR International dengan alamat:www.qsrinternational.com
     Untuk memperoleh program Nvivo 7 yang dibenarkan, kita dapat menempah atau memberitahu ke QSR International Pty Ltd, dengan alamat 2nd Floor, 651 Doncaster Road, Doncaster Victoria Australia 3108. Atau dapat mengunjungi web site :www.qsrinternational.com.

Rujukan
  1. http://www.infocrim.org/index.php?option=com_content&view=article&id=308:buku-panduan-penggunaan-nvivo-7-analisis-data-kualitatif&catid=40:buku-gratis&Itemid=58
  2. http://eprints.utm.my/2220/1/p24.Dayang_Hjh_Tiawa.pdf
  3. http://www.nova.edu/ssss/QR/QR8-2/walsh.pdf
  4. http://docs.google.com/uc?export=download&id=0B0sBFGaAdS8SNGE0ZTY2NWUtYjJlYS00YTk0LTg4MjItMmM1ZDcwYTVkNGE1


Kamus

قاموس

Jangan Biarkan Ibu Bapa Anda Naik Bas!





Selasa lepas, aku merancang utk balik ke rumah. Jadual sem terakhir ni tak terlalu banyak macam jadual sem-sem lepas. Hari selasa, khamis dan jumaat mmg aku cuti. Masa untuk berehat sem ini. haha. Hari Isnin dan rabu memang dalam jadual ada tutorial dan kuliah. Maafla Dr Latifah ye sebab tak dapat hadir ke kuliah dan tutorial utk subjek Orientalis rabu tu. Nti saya akan ganti 2x tutorial minggu depan kalau diberi keizinan Dr.


3 hari 2 mlm aku berada dirumah. Mujurla sepanjang masa aku balik tu mama tak keje. Dia off beberapa hari selepas kerje shift malam. Mama aku seorg jururawat terlatih di Hospital Muadzam Shah. Banyak kali juga dia dipaksa untuk naik pangkat jadi sister. Tapi mama tetap dengan pendiriannya tak mahu dan ingin menumpukan pada keluarga. Syabas mama, al berbangga menjadi anak mama! Mama merupakan seorang jururawat yang berkhidmat paling lama di hospital tersebut. Mama seorang yang tinggi cita-citanya, mahu melihat anak-anak dia berjaya bukan sahaja di dunia, malah di akhirat sana. Sekarang umur mama mencecah usia 54 tahun. Mama merupakan seorang yang tidak memntingkan kepada kerjaya semata-mata. Dia hanya menumpukan kepada anak-anak dan keluarga. Terutama bile adik aku yg gemok lg cute tu ade. Sarah,umur dia 10 tahun. Senang kiraan umur dia. Sbb dia lahir tahun milenium 2000. Jd umur dia akan mengikut tahun Masihi. Klu 2010, maksudnya dia pun berumur 10 tahun.



Hentakkan pelampung dlm Bas Mara Liner ni menyebabkan aku tersentak sekejap. Benci betul, tu tanda-tanda bas dah nak rosak dah ni.Seingat aku, bas Mara Liner ni baru je beli, tapi dah habis 5-7 tahun lepas dah. masa zaman kaklong masih lagi belajar di Maktab Perguruan Bahasa Melayu, KL..Ketika aku menulis ni, aku masih di dlm bas perjalanan ke Seremban. Aku tak duduk sorang, bertemankan seorang gadis yang ayu tapi sayangnye dia tak pakai tudung. Kalau dia mengenakan tudung, mesti lebih ayu gitu. Xpelah. dia mengantuk.aku offer dia duduk sebelah tinggkap sebab kepala dia memusing kiri kanan dpn blkg sbb tertdo. Penat agaknye,biarla. pun begitu, tangan dia tidak leka memegang sony ericson jenis macam Wan pakai. Kedengaran juga SMS dia bertubi-tubi masuk, dari keluarga yang bertanya khabar agaknya..(entah-entah dari pakwe!)


Minggu ni aku balik agak kurang biasa kerana kebiasaan aku akan balik bile tibe hujung minggu atau ade cuti semester.  Sampai jiran aku sebelah En Ariffin, rakan baik arwah abah pun pelik n dia bertanya mase aku turun dari kereta Myvi kesayangan mama. kebetulan dia ade di depn rumah mase tu, "ni balik cuti ke? tak kan?..ade ape-ape ke balik ni?" aku menjawab mcm biase, "tak lah cik ripin, balik saje-saje ni.." perbualan kami berlalu macam biase, dia tanye tentang keadaan belajar dan kerja msa akan dtg.


Kali ni aku balik hari selasa n kembali ke UKM semula harini hari Khamis. Klu ikutkan hati mahu jg nak teruskan sampai hari jumaat. Tp esok aku ade hadir ujian memandu bersame JPJ. Jadi aku pulang awal. Suasana dalam bas macam biasa. Ada bunyi orang bercakap, ada yang pasang MP3, bunyi SMS masuk ke HTC, dan yang jelasnye bunyi kenderaan luar lagi kuat dari bunyi Pakcik pemandu bas pasang radio. Entah ape lagu yang dia pasang, kadang-kadang jelas, kadang-kadang tak. Pulak tu diselangi dengan bunyi-bunyi seakan, komunikasi 2 orang pemandu pilot di angkasa..ish, teruk betul. Biarla, aku dapat ulang alik UKM ke rumah pun alhamdulillah. 


Aku bertolak pukul 4.45pm, seperti biasa selepas 1 jam lebih berada di dalam bas, pemandu akan memberhentikan bas seketika sekitar dalam 30 minit di sebuah restoran untuk memberikan kemudahan kepada penumpang untuk menjamu selera, dan boleh ke tandas untuk buat aktiviti kumbahan. tarik pam, keluarla air kan? itu lah kumbahan.. Linkin Park cakap, "smell like sewage...!" 


Pada mulanya aku rase macam tak mahu turun dari bas sebab memang sebelum bertolak tadi, siap-siap aku makan sepinggan nasi dan beberapa ketul daging yang kaklong beli dari kantin tempat dia mengajar, Sekolah Muadzam Jaya. Hampir semua penumpang dalam bas turun menuju ke restoran, tapi aku nampak dengan jelas, diorang bukan ke meja makan, tetapi menuju ke tandas! Ramai pula yang beratur masa tu. Lelaki perempuan, adik abg kakak, tak mengira usia.







Lepas 15 minit, aku berasa macam nak buang air, aku agak 15 minit berlalu ni pasti diorang yang beratur tadi dah berkurang. ya, betul jangkaan aku. aku pun turun menghala ke tempat berkenaan. Kedapatan seorang pakcik yang aku sangka menunggu giliran, tapi jangkaan aku merosot.  dia sebenarnya menunggu isterinya untuk dipimpin. Usia pakcik itu lebih tua berbanding dengan arwah abah aku. Aku sempat bertanya kat pakcik tu, "Nak kemana Pak Cik?" Lantas Pak Cik itu menjawab, "Dari Chini Timur, nak ke Putra..  anak ada di Putra..", perbualan kami tamat selepas isterinya keluar dari tandas. Aku ingat dia ingin masuk ke tandas, tapi dia mendapatkan isterinya dan memimpin, kesian, isterinya buta! em,. tak sanggup aku tengok. Sempat juga aku berikan mereka sebutir senyuman, walau pun aku berasa tak berapa gembira melihat pasangan suami isteri tersebut yang dibiarkan tanpa pengawasan dari anak mereka!


Sesudah selesai, aku terus ke pintu bas. Aku bercadang tak mahu masuk ke dalam bas lagi. Keadaan dalam bas masih sejuk walau pun dah hampir pukul 6 lebih. Mungkin disebabkan penghawa dingin yang berada dibawah suhu 25 darjah celcius. Cuaca makin gelap. Aku masih berdiri berdekatan dengan pintu, kemudian datang sepasang suami isteri tadi, untuk masuk ke dalam bas. Kesian Mak Cik itu, susah dia nak memanjat tangga bas. Terdetik di hati ini mahu menolong, tapi suaminya ada disampingnya. Dia masih lagi kuat untuk menjaga isterinya. Aku bersedia jika ada apa berlaku untuk backp di belakang pakcik tu, biarlah tak kenal, namun kita sebagai orang Islam, saling bersaudara. Persoalan demi bersoalan muncul, juga keluhan di hati ini timbul, kenapa ada juga anak yang sanggup membiarkan ibu bapa mereka menaiki bas dalam keadaan mereka ini tua, emaknya buta? Tidak sanggup aku melihat keadaan sebini rupa berlaku pada mak aku sendiri. Aku berjanji pada diri aku sendiri, takkan aku biarkan mama menaiki pengangkutan rasmi (bas) setelah aku memperoleh kereta kelak! walau pun semuda mana  usia ibu bapa, anda perlu tahu perasaan mereka bagaimana!







Apa yang aku nak beritahu kat sini ialah sebagai seorang anak, kita perlulah menghargai ibu bapa seperti mana mereka telah menjaga kita sejak dari kecil. Alasan sibuk dan tiada masa untuk mengambil atau menghantar ibu bapa ke kampung tidak boleh diterima pakai. Kalau ikutkan, hari-hari kita sibuk. Mana ada manusia free atas muke bumi melainkan dia seorang penganggur rasmi atau orang diberhentikan kerje atau pun berstatus OKU. Manusia tidak dapat lari dari kesibukan dalam hidup, jika mereka tidak merancang hari-hari mereka. Apa salahnya, dan ia adalah WAJIB untuk kita sentiasa memberikan perhatian terhadap permintaan mereka. Ibu bapa tidak akan meminta di hantar, di bawa pulang ke sesuatu tempat, tetapi mereka hanya akan menyatakan, "Al, mama ingat nak balik kampung lah minggu depan..." ini adalah sebagai ayat contoh. Ayat sebeginilah anak-anak perlu faham dan mereka sememangnya tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka, tetapi kita sebagai seorang anak, perlu sentiasa berjaga-jaga dengan setiap perbualan  dan pernyataan yang mereka ungkapkan dan yang dinyatakan. Jangan pula kita yang mengesyorkan, "Oh mama nak balik kampung ye? Bas mane yg mama nak naik? " ....Masya Allah.. Ini adalah perbuatan yang hanya mementingkan diri tanpa memikirkan orang lain apatah lagi ia adalah insan bergelar ibu bapa.







Mungkin kita tak sedar, dihati mereka akan terdetik sekali pun sedikit, dahulu, semasa kamu kecil, aku membawa kamu ke sana kemari. Ke sekolah hantar dan kembali dan banyak lagi tidak terkira kasih sayang yang dicurahkan oleh semua ibu bapa terhadap anak-anak dan mereka tidak pernah meluahkan perasaan benci. Skrg kita dah dewasa, janganlah kita pula abaikan mereka. Hargailah mereka sepertimana mereka menghargai kita. Sayangilah mereka sepertimana Allah menyanyai kita. Doakan mereka seperti mana para Malaikat yang sentiasa mendoakan kita. Ingat, ibu bapa, insan yang paling banyak berjasa mengalahi sesiapa pun di atas dunia! 





Abdullah Zainal

Abdullah, coursemate aku telah menolong aku dalam pembikinan blog ni. Biasalah, aku mula dari zero. pasni nak jd hero!

Byk jgk template nak guna. Nah, aku pilih yg simple jelah. nnti mudah utk dibaca, tak mengambil masa yg lama utk appear bg sesiapa yg mempunyai server wifi/internet yg slow. Blog ni masih dlm pembaikpulihan. Sesiapa yg boleh beri tunjuk ajar, sila kan. Sy sedia mengikut tunjuk ajar bg menjayakan blog ini di masa hadapan!

Jazakallah bikheran jazak kepada Abdullah Zainal

Incoming HTC G1 From Linconshire,UK--Outgoing SPSS !

Pembelian HTC G1 Dream telah dilakukan dari akhir bulan 10/Oktober ( wah dah berapa lama dah tu tunggu...! ) tetapi masih lg belum sampai setelah minggu ke-3. Awal minggu ke-4 aku dah berlepas ke Borneo untuk cuti sabatikal (cuti buat tesisla) jauh kan nak siapkan tesis! Bukan apa kerana aku nak menuntut dgn Uncle Nizam yg pandai serba serbi dalam ilmu keSPSSan ni plus huraian dia pun OK. Nnti 2mggu akan dtg aku akan sedia tercegat di depan pjbt kolej KIY utk claim brg aku yg telah smpai di office berkenaan. (doa-doa la ye jgn kena Kastam) ....







Mulai esok nak memasuki minggu ke-3 aku di bumi Borneo dan tesis latihan ilmiah aku masih belum selesai. Jadi minggu pertama dan kedua kau buat apa? Sebenarnya sblm aku berpijak di negeri bawah bayu ini byk program Uncle Nizam sudah aturkan. Thanks for him! 


Minggu Pertama byk ruang masa berada di rumah dan di bandar Kota Kinabalu. Minggu kedua pula kami pergi ke Sandakan. Balik dari Sandakan ke KK lebih cepat dari pergi ke Sandakan, sebab.....
         Sbb kami pergi menaiki  dan pulang menaiki     


Thank to Untie Babu Marjanah kerana sponsor tiket kapal terbang ye! 

Mushaf Al-Madinah For Pocket PC

Mushaf Madinah Untuk Pocket PC/PDA/Windows Mobile



Alhamdulillah, hasil dari join forum dari luar negeri, seorang rakan LINK kan kepada Laman Web yang bagus utk santapan menu kita pada kali ini. Al-Quran untuk Pocket PC/PDA/Windows Mobile.

Apa yang bagusnya adalah penulisan Al-Quran ini mengikut Resm Uthmani yang kita gunakan sekarang.

Antara keistimewaannya yang lain ;

  1. Boleh Search ayat Al-Quran
  2. Tafsir Ayat Al-Quran
  3. Terjemahan Ayat Al-Quran
  4. Tilawah Al-Quran (Boleh baca untuk kita)
  5. Penanda Halaman (Mudah bg sesiapa yang membaca Al-Quran
  6. FOC (Free je Download)
Anda juga boleh pilih bahasa pada laman web tersebut.

Al-Quran Penyinar Kehidupan.
AliffMohamed K14P KIY

Getting Start PDA HTC TYTN ii

Bagaimana Menggunakan HTC TYTN ii (Manila2D Interface) - Utk Cikgu Ghazali








Sila Download disini utk PDA HTC TYTN ii User Manual. Ini adalah utk Windows Mobile 6.1 tp ada juga persamaan utk Windows Mobile 6.5.

Juga disini Penggunaan Video dari YouTube

Selamat Mencuba.

Sambung PDA/Pocket PC/PDA ke Komputer

Kepada Pengguna Kali Pertama, Bagaimana anda mahu sambung PDA anda ke Komputer?

Untuk membuat Penyambungan PDA ke komputer, anda perlu install ActiveSync 4.5 (Bagi Pengguna Windows XP) ke komputer anda

Sila download disini ActiveSync 4.5


Teruskan INSTALL melalui installer itu,

Biasanya anda perlu restart komputer anda untuk penyambungan yang baik. Jika komputer anda mempunyai jaringan INTERNET/WIFI, anda juga boleh menggunakan internet dalam PDA melalui komputer anda yang sudah connected to internet.





Kepada Cikgu Ghazali, saya sudah letak dalam CD ActiveSync 4.5. Jadi Cikgu hanya perlu akses CD tersebut, pegi ke Folder Sambung ke Komputer, dan pilih sama ada Komputer Cikgu XP atau Vista, dua-dua sudah saya letak dalam Folder tersebut.

Cikgu juga boleh ke Folder Getting Started untuk mengetahui lebih lanjut tentang Windows Mobile.




Selamat mencuba

Search Ayat Al-Quran Dalam Pocket PC

Anda Ingin Mencari Ayat Al-Quran yg tidak tahu dari mana surahnya dan ayat ke berapa? Senang sahaja, Terima kasih kepada Jalal@Cyberdudez.com kerana telah mencipta Pocket Quran yg mudah dibaca dan senang untuk kita search Ayat Al-Quran yang nak kita cari.

Pocket Quran Version 0.97b






List Surah-surah dalam Al-Quran dari Al-Fatihah sehingga surah An-Nas.






































Pergi ke TOOLS, dan klik Search seperti sebelah..





































Taipkan kalimah/perkataan yang anda mahu cari, kemudian tekan OK











































Siap, kalimah tadi terdapat dalam Surah dan Ayat Berikut.






































Sumber Software anda boleh DOWNLOAD disini Jalal Pocket Quran
Sila pilih Pocket PC dan Download. Untuk Nokia, Sony Ericson sila pilih version anda.


Al-Quran, The Last & Final Testament






















Install Pocket Islam dalam Windows Mobile/Pocket PC/PDA Anda

Bagaimana Nak Install POCKET ISLAM dan ISLAMIC SOFTWARE dalam Pocket PC/PDA/Windows Mobile


Sila Download disini untuk install  POCKET ISLAM

Mengandungi Kitab Sahih Muslim dan Bukhari. Download dalam Laman Web di atas



Untuk Al-Quran terjemahan bahasa Melayu, sila download dalam laman web di atas. bahagian bawah untuk bahasa Melayu, Indonesia dan lain-lain.














Pastikan anda install dalam Storage Card BUKAN dalam Device/Phone Memory supaya tidak menggangu Memory dalaman PDA anda. Jika tidak, PDA anda akan menjadi lambat untuk beroperasi.







Islam Untuk Semua



Sony DS730

Saja Suka

Saja Suka...Jom jalan2 sambil makan UBI...ahaks

SMK Sg Pelek

saje test Buat Tajuk...

Jalan Bukit Tinggi

Nanti la aku cerita, tak menang tangan. Lagi pun connection Internet kadang2 OK, kdg2 Ko..

ok, c ya...

Konsulat Malaysia PekanBaru



Konsulat Malaysia PekanBaru
Sepanjang kami berada di sini Konsulat Malaysia di PekanBaru sangat mengambil berat tentang kami malah bukan kami sahaja, sesiapa sahaja yang bergelar rakyat Malaysia pasti sahaja akan dia menjenguh dan bertanya khabar.

Kali pertama kami bertemu dengan pihak konsulat Malaysia adalah pada hari selasa iaitu hari kedua kami berada di Yayasan As-Shofa . Mereka datang untuk berjumpa kami sekali gus untuk membincangkan tentang keberadaan kami di Indonesia selama 5 minggu. Ketua Konsul iaitu En Zamani Ismail memberitahu apabila berada di Indonesia tanpa memiliki Visa, maka kami perlu pulang sebelum hari yang ke tiga puluh. Jadi yang menjadi permasalahan sekarang ialah kami datang pada 10 Mei 09 dan pulang pada 15 Mei. Itulah yang tercatat pada lembaran tiket kami berempat.

Semasa perbincangan berlaku Konsul Malaysia En Zamani memutuskan bahawa kami memiliki dua pilihan iaitu sama ada pulang dahulu lebih awal sebelum hari yang ke 28 dan datang semula atau pun pilihan kedua iaitu masa praktikal kami di sini di pendekkan. Jika lebih satu hari kami dianggap pendatang asing dan perlu membayar denda sebanyak 22usd per day. Setelah itu kami menghubungi Dr Jamil (Penyelarasa Latihan Industri dan Amali) dan kami terpaksa memendekkan masa praktikal di Indonesia.

15 Mei 09
Kami dijemput untuk menghadiri Pertandingan Bowling Antara Pelajar Malaysia di UIN SSKi
i dengan konsulat Malaysia di PekanBaru di Holiday 88. Sebenarnya kalau kami datang petang tu dapatla main bowling tp majilis ni berlaku pada sebelah malam. Perancangannya memang nbak pergi sebelah Jumaat, akan tetapi ada seorang ni nama dia Aliff katanya ingin pergi sebelah malam jelah. Yelahkan, time tu rasa penat sangat. Nak rehatkan badan. Baru seminggu di sini dan keadaan diri masih dalam penyesuaian. So kami menghabiskan masa semasa dioranhg bertanding bowling dengan membeli barang-barang keperluan, main permainan kawasan bowling tu dan macam-macam lagi...

Bergambar bersama dengan
Ketua Konsul Malaysia PekanBaru
En Zamani Ismail sekeluarga.


20 Mei 09
Yayan As-Shofa menerima rombongan dari perwakilan pelajar dari Institut Perguruan Islam, Kota Bharu Kelantan. Rombongan di ketuai oleh Pengarah Institut Perguruan Islam dan pihak konsulat Malaysia yang membawa mereka ke sini. Mereka di sini ingin melihat bagaimana kaedah QIRAATI di SD Islam As-Shofa di lakukan. Selama 2-3 jam mereka di sini. Selepas dari sesi temu jawab dan melihat suasana kelas yang mengajar kaedah Qiraati mereka pun pulang. Selamat jalan kawan, Bye bye..
Sesi soal jawab dan Penerimaan Cenderamata Kenang-Kenangan




21 Mei 09
Kami dijemput untuk menghadiri majlis perpisahan dan bacaan doa selamat serta sedikit tazkirah dari perwakilan IPI Kota Bharu Kelantan kerana keesokan harinya mereka telah dijadualkan pulang ke tanah air tercinta. Kejadian berlangsung di kediaman Ketua Konsul En Zamani Ismail yang terletak di kawasan bandar menuju ke MTQ kalau tak silap. Majlis diakhiri dengan jamuan pelbagai makanan yang dihidangkan di luar dan kami cuba merasa setiap makanan yang tidak pernah ketemu di negara Malaysia. Memang banyak sangat makanan yang sedap bin best. Di situlah kami baru rasa sudang berada dalam Malaysia sebab terdengar orang Malaysia yang berbual dan berseloroh. Ada jugakla pekerja Indonesia di situ tetapi tidakla ramai macam semut menghurung makanan yang tumpah. Amacam? ;D. Setelah itu kami dihantar pulang oleh abg Halim, pemandu peribadi En Zamani ke rumah kami.


Kami sempat singgah sebentar di MTQ tetapi bukan ke sana tetapi ingin membeli jagung bakar yang dibakar oleh seorang budak perempuan yang saya rasa umurnya masih awal belasan tahunla. Kesian diorang. “Ini duitnya dan kamu simpanlah bakinya,..” kata Shakila membayar duit jagung yang kami beli.


Kami sedang menjamu selera



31 Mei 09

Hari Keluarga 2009 Konsulat Malaysia PekanBaru
Acara pagi hari dimulai dengan senaman yang amat lama, dan di akhiri oleh tarian poco-poco yang tak tahu tentu hala. Bagi Zaim dan Shakila memangla mudah lagi senang sebab diorang yang jadi tekong mengajar student As-Shofa masa extra curriculer hari sabtu lepas. Aku? Aku mestilah tahu, cuma ingat-ingat lupa sebab dah lama tak praktik, belajar masa zaman parameswara lagi..ahaks.. lagu masa diorang sedang beraktiviti poco-poco tu, saya pun keluar mengambil kamera. Saje je sbb tak pandai sangat nak memusing kat padang kawasan Konsulat tu.

Pelbagai acara yang dilansungkan seperti rebut kerusi, membaling belon ke pasangan dan sebagainya. Tak lupa juga kanak-kanak mereka menyertai pertandingan merebut gula-gula terbanyak dan siapa yang boleh menghabiskan ais krim dengan cepat. Acara diakhiri dengan pertandingan menarik tali antara pelajar UIN SSKii dan pihak konsulat Malaysia PekanBaru.
Ada peti aiskrim untuk dimakan. FOC!


4 Jun 09
Minggu ini merupakan minggu terakhir kami berada di Indonesia. Pada tarikh ini kami dipelawa sekali lagi dan buat kali terakhir untuk bertandang ke Majlis solat hajat bagi meraikan hari peperiksaan yang akan datang buat pelajar Malaysia yang belajar di UIN SSKii. Majlis pada malam itu dihadiri oleh Pengarah Pelancongan Malaysia. Selepas mendengar ucapan dari Pengarah Pelancongan Malaysia, konsul kami En Zamani berucap dan menjelaskan tentang isu terkini yang sedang hangat dibicarakan iaitu tentang Kisah Manohara dan pulau Ambalat. Pelbagai respon dan pandangan diberikan namun, “walau apa pun terjadi di antara kita dan Indonesia, kita bergaduh dengan Indonesia, berperang sekali pun, Indonesia tetap jiran kita dan kita tetap menjadi negara jiran mereka..” kata En Zamani mengakhiri ucapannya.

Jamuan disediakan kepada sesiapa yang hadir pada malam itu. Malam itu juiga kami dihidangkan dengan ‘Nasi Uduk’. Kalau lihat betul-betul ia seakan-akan Nasi Lemak . Namun saya katakan nasinya amat berbeza dan lauknya pun pelbagai-bagai. Malam itu saya mencuba lauk bebek(itik ) yang digoreng yummi dan sedap dimakan begitu saja macam roti gardenia..ahaks..

SMAFA - Kelas X1



Masa saya mengajar kat YAYASAN AS-SHOFA atau pun spesifik bahagiannya ialah SMAFA (Sekolah Menengah Atas Islam As-Shofa) saya mengajar dua subjek iaitu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, tapi rasanya saya banyak ambil Pendidikan Islam sebab itu adalah saya punya Major kan..

Pelajar-pelajar sini best sangat..so friendly. mesra sangat. There is no gab between teachers and students. bukan seorang dua je, tapi semua sekali macam tu. Pernah masa saya duduk sedang menulis Buku Oren yang Fakulti Pendidikan bagi kat kite tu untuk buat RPH (Rancangan Pengajaran Harian) ada sekumpulan pelajar perempuan lalu melintasi pejabat Sekolah, diorang lalu tepi Bapak Hadrawi, guru pembimbing saya as a WakaSiswa (Wakil Kepala Kesiswaan) ala-ala guru disiplinlah kalau kat Malaysia, jadi salah seorang perempuan dari kumpulan tu pun cakap pada Bapak Hadrawi, "Eish, Bapak baru balik dari Malaysia, sombong....." Masa tu Bapak Hadrawi baru je balik dari Malaysia. Dia sambung belajar Master/S2 di UM. Bapak tu senyum je sampai mengiayakan gurauan pelajar tadi lalu berlalu memimpin anaknya pulang..Dengan selamba jer muke tak bersalah cakap macam tu kan? Kalau kita punyalah takut kat guru disiplin, lebih-lebih lagi bile dia ade misai, ala Inspekter Sahab Bombay Police Station gitu..ahaks. Bapak Hadrawi d dapat cuti untuk hari Isnin lagi pun tiada kelas pengajaran untuk dia pada hari tu...caya lah punya sekolah..

Pemantauan Oleh Dr NorLena, Pensyarah FPEND UKM


mEI 25th, 09 - Isnin

Dr NorLena Salamuddin dtg bersama dgn Drs Hauzar (Pensyarah UNRI), utk melakukan pemerhatian kat Yayasan As-Shofa. Sbnrnya Dr NorLena hanya buat observation kat bebudak Program Sukan shj, so kami Pend Islam x kenala..Minggu lepas Dr Isa dah dtg tengok kami, dah bg komen kaw2 la...

...... Selamat Datang ke Yayasan As-Shofa buat Dr NorLena ......